Lompat Ke Bawoh: [ BOTTOM PAGE ]

[ Home ] - LAST PAGE REFRESH:

carian ..

Tuesday, January 11, 2011

Sumbangsih 2011

Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) - sebelum perlawanan 29.1.2011






Fakta Menarik Piala Sumbangsih:
1) Diperkenalkan pada musim 1985, walaupun perlawanan itu bertarikh 30 Disember 1984.

2) Format pasukan Piala Sumbangsih = 
1985-1992: Juara PM vs Juara/Naibjuara Liga. 
1993-2004: Juara PM vs Juara FA / Juara Liga. 
2005-2009: Juara PM vs Juara/Naibjuara FA. 
2010 dan seterusnya: Juara PM vs Juara LigaSuper.




*Fakta terkini yang baru sahaja diketahui, dan ramai yang tak tahu pun. KREDIT: Pippo SFC.
1. 2010 - Selangor turun lawan NS bukan sebagai juara Piala FA tapi atas tiket juara Liga Super.
2. Juara Liga Super akan sentiasa jadik tuan rumah. So lawan NS tu sepatutnya kat Shah Alam, tapi PBNS mohon main kat Paroi nak meraikan Yang DiPertuan Besar baru depa tu, konon lepas dah hadiahkan Piala Malaysia di Bukit Jalil, nak hadiahkan Piala Sumbangsih sekali kat gelanggang sendiri. Selangor dengan sifat Darul Ehsannya pun membenarkan la... sekali Amri Yahyah and co tak baca skrip daaa.. fakta yang ni lagi la ramai orang tak tahu...,


3) Format 1985-1996 juga adalah perlawanan khas Piala Sumbangsih, tidak termasuk dalam perlawanan Liga. 

Tahun 1997 hingga kini, barulah sumbangsih dan Liga disekalikan. 

4) Musim 2004 paling unik 

kerana satu-satunya pasukan Divisyen Dua (LigaPerdana) merebut Piala Sumbangsih 
dengan pasukan Divisyen Satu (Super). 
Perlawanan juga khas, tidak termasuk dalam liga. Menang pulak tuh Divisyen Dua ..

5) Kali terakhir, tahun lepas ler (2010) .. Piala Sumbangsih ke-26. 
12 pasukan muncul sebagai pemenang, manakala 3 pasukan gagal..
= 16 pasukan bertanding termasuk Kelantan 2011.

Selangor unggul dengan 8 kali Sumbangsih
4 kali sebagai juara PM, 
2 sebagai juara FA, 
1 juara Liga ,
1 naibjuara FA.

6) Perlis & KL mengikuti rapat dengan 3 kali Sumbangsih
Perlis dengan 3 cubaan saja, terus menang, 
manakala KL dengan 7 kali cubaan, 3 menang.

7) Semua juara-juara Piala Malaysia tahun sebelumnya bertanding merebut Piala ini, 
13 kali juara PM berjaya, 
manakalah 12 kali gagal, 
1 kali tu pula tidak bertanding (Singapore tarik diri 1995).

8) Sepanjang 26 kali Sumbangsih = 
5 kali juara PM bertemu dengan Naibjuara = 3 kali Naibjuara Liga, 2 kali Naibjuara FA.

Menariknya, pasukan naibjuara ini berjaya menang 4 kali.
=2 kali Naibjuara Liga, menang = Singapore 89 & Pahang 92.
=2 kali Naibjuara FA menang = Perak 05/06 & Selangor 09.
Manakala sekali Naibjuara PM (Pahang ganti Singapore). 

9) Selangor & Pahang & KL gagal cubaan menjulang Sumbangsih sebanyak 4 kali.

10) Negeri Sembilan kempunan menjulang Sumbangsih sebanyak 2 kali cubaan. 

Sabah & Brunei juga gagal pertamakali cubaan mereka.

11) Tuanrumah berjaya tidak menghampakan penyokong mereka sendiri apabila menjulang Sumbangsih 19 kali

7 kali aje kalah.

12) Margin tertinggi gol = 1993 (Pahang 5-0 Sarawak)

13) 3 kali penalti Sumbangsih = 90 & 05 & 08.

14) Mampukah Selangor menjadi pasukan pertama menjulang Piala Sumbangsih 3 kali berturut-turut (Hattrik)? 

15) Mampukan Selangor melebarkan keunggulan Sumbangsih yang ke-9 mengatasi pencabar terdekat yang hanya menang 3 kali sahaja? 

16) Mampukah Selangor mengatasi badi kekalahan tuanrumah Sumbangsih sejak 3 tahun berturut2 ini

17) Mampukah juga Kelantan yang tak pernah muncul dalam persaingan ini, terus menjulangnya pertamakali?







Rujuk [ Sumbangsih 2010 ]

No comments: